Wednesday, December 9, 2015

Wordless Wednesday: Werda Sofia

Assalamualaikum..

Kim jadi dropshipper untuk tudung werda jugak. Jom dapatkan tudung Werda Sofia sekarang!

WhatsApp Kim 0136297657.

Nota: Hari Rabu so bebel sikit je la. Insyaallah next entry Kim bagi detail Werda Sofia. Bole jugak usha di FB Kim: Hakimah Mahmud; Instagram: hakimah.mahmud

Tuesday, December 8, 2015

Tudung Ironless

Assalamualaikum..

Hari ni Kim nak cerita sikit pasal tudung instant. Tudung instant ni banyak membantu Kim semasa di hospital sewaktu nak lahirkan Rumi. Kim pakai Tudung Evergreen Reisya.

Kenapa Kim pilih tudung instant? Sebabnya masukkan tudung instant ke dalam beg pon tak rosak uollzz. And the best part is boleh basuh guna mesin basuh.

Ye la kan..sejak dah beranak pinak ni tak sempat nak basuh tangan. Kalau ada masa sikit pon waktu tu dah penat sangat nak membasuh.

Ok jom baca sikit pasal tudung instant Reisya!

AWNING TAK ROSAK LAGI!!

Awning tudung instant yang cantik terletak. Dah tak payah risau kedut dan rosak. Dengan tudung Evergreen Reisya ni memang berbaloi beli. Gosok pun tak perlu. Lepas basuh sidai je. Bila nak pakai terus sarungkan je.

Awning memang cantik terbentuk. Sebab ada kain denim di bawahnya. Berdagu pulak tu. Walaupun labuh tapi tidak pula gedeboh sebab sisi tepi di bentuk dengan baik. Memang berbaloi uollzz!

Cuba satu dulu. Lepas tu jamin semua color uollzz nak borong. Tudung ni di datangkan dengan 3 ukuran saiz iaitu M, L & XL. Saiz ini berdasarkan labuh masing-masing. Muka free saiz dah.

Ukuran dari dagu:
M = 16 inci
L = 19 inci
XL = 21 inci

================

Kelebihan tudung

*** Perlu iron (gosok)? Takkkkk kerana ianya kurang berkedut.
*** Awning rosak dan tak cantik? Siapa kata? Awning dari kain yang sama dan di alas dengan denim berkualiti. So, ianya sentiasa nampak cantik. Tidak rosak. Masuk dalam MESIN BASUH punnnn ok. Tak perlu lagi tukar awning.
*** Jahitan...tip-top kemas
*** Berdagu...ala2 ustajah pilihan gitu
*** Labuh... alhamdulillah.

================

Dapatkan SEGERA
M = RM 35 + RM 6 postage
L = RM 40 + RM 6 postage
XL = RM 45 + RM 6 postage

BELI 3 FREE POSTAGE

MINAT??
WA 0136297657
WA 0136297657
WA 0136297657

Monday, December 7, 2015

Lipat Baju

Assalamualaikum..

Kim surirumah sepenuh masa. 24/7 dengan anak. Termasuklah buang air dan mandi ade penonton setia. Tutup je pintu bilik air menangisla macam kena dera. Hukhukhuk.. Wanita bekerjaya boleh dikatakan surirumah jugak sebab balik kerja terus ke dapur, masak, basuh baju dan melayani anak-anak.

Kim memang tabik la kat wanita-wanita bekerjaya di luar sana yang berjaya menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

Walau apa pun pekerjaan yang kite buat, kite kene buat dengan fokus dan buat sehabis baik. Jangan fokus pada gaji semata-mata. Eh sorry la, membebel pulak. Hihihi...

Kim bersyukur sebab anak-anak depan mata 24 jam. Disebabkan Kim 24 jam berkepit dengan Amna, Amna telah melakukan sesuatu perkara yang mengharukan Kim. Perkara tersebut adalah lipat baju. Lipat baju je uollzz. Tu pon Kim boleh terharu tau.

Itulah kesannya bila 24 jam dengan mama. Hihihi.. Anak-anak memang macam tu. Dia suka meniru setiap perbuatan, pergerakan dan percakapan kita. So parents kena behave ye. Bukan anak-anak je perlu behave.

Saturday, December 5, 2015

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua! Cuti sekolah ni memang musim orang kawen kan. Hari ni pon insyaallah akan ke kenduri anak kawan ibu. Tengah pening ni nak pakai baju ape. Takde baju!(typical perempuan kan.hihi)

Kali pertama Kim pergi kenduri kawen selepas melahirkan Rumi nun jauh di Batu Pahat. Kawan masa kerja dulu. Masuk kerja hari yang sama dengan Ecah.

Kim tak pernah pergi kenduri kawen di Johor. First time tau. Makanan kenduri kat Johor sangat meriah. Lauk banyak.. Kuih banyak.. Macam-macam pilihan. Tapai pon ade. Tapi Kim tak berani lagila nak makan tapai pulut or ubi kayu. Kate orang tua-tua bisa. Takut sakit urat.

Entry ni khas untuk Ecah. Tak tau la dia baca tak.. Hihihi.. Malu tau kalau orang yang Kim kenal baca blog Kim. Ape pon Selamat pengantin baru Ecah!
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Gaduh-gaduh tu biase la ye. Lidah lagikan tergigit.

Nota: tak sempat tunggu Ecah sanding. Amna dan Rumi dah cranky. So Kim 3 beranak terjahla bilik pengantin.

Friday, December 4, 2015

Cantik dan Kurus

Assalamualaikum

Sekarang ni cuti sekolah. Musim cuti sekolah sangat sinonim dengan perkahwinan.

Hmmm... Bakal-bakal pengantin mesti mahu tampil cantik molek di hari yang berbahagia nanti kan.

So apa kata korang grab sekarang Shaklee Collagen Powder dan Lecithin. Sepanjang bulan December ni je la ye.

Shaklee Collagen Powder adalah untuk membantu menegangkan kulit wajah, melembapkan kulit dan baik juga untuk menyihatkan rambut. Collagen ni anti penuaan jugak ye!

Lecithin pulak mampu membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian.

Untuk info lebih lanjut boleh WhatsApp Kim ye:

0136297657

Thursday, December 3, 2015

Hello December

Assalamualaikum..

Dah lama kim menyepikan.. Rindu kitew tak? Hehehe.. Kuota habis so kim tensenla internet slow je. Tak rajinla nak update blog atau blogwalking.

Back to the topic, sekejap je mase berlalu, kan? Tup tup dah masuk December. Dah akhir tahun. Dah nak masuk 2016.

Azam korang tahun ni dah tercapai ke? Semuanya meet target ke? Banyak pulak kim bertanye ye.. Hihihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...