Wednesday, December 9, 2015

Wordless Wednesday: Werda Sofia

Assalamualaikum..

Kim jadi dropshipper untuk tudung werda jugak. Jom dapatkan tudung Werda Sofia sekarang!

WhatsApp Kim 0136297657.

Nota: Hari Rabu so bebel sikit je la. Insyaallah next entry Kim bagi detail Werda Sofia. Bole jugak usha di FB Kim: Hakimah Mahmud; Instagram: hakimah.mahmud

Tuesday, December 8, 2015

Tudung Ironless

Assalamualaikum..

Hari ni Kim nak cerita sikit pasal tudung instant. Tudung instant ni banyak membantu Kim semasa di hospital sewaktu nak lahirkan Rumi. Kim pakai Tudung Evergreen Reisya.

Kenapa Kim pilih tudung instant? Sebabnya masukkan tudung instant ke dalam beg pon tak rosak uollzz. And the best part is boleh basuh guna mesin basuh.

Ye la kan..sejak dah beranak pinak ni tak sempat nak basuh tangan. Kalau ada masa sikit pon waktu tu dah penat sangat nak membasuh.

Ok jom baca sikit pasal tudung instant Reisya!

AWNING TAK ROSAK LAGI!!

Awning tudung instant yang cantik terletak. Dah tak payah risau kedut dan rosak. Dengan tudung Evergreen Reisya ni memang berbaloi beli. Gosok pun tak perlu. Lepas basuh sidai je. Bila nak pakai terus sarungkan je.

Awning memang cantik terbentuk. Sebab ada kain denim di bawahnya. Berdagu pulak tu. Walaupun labuh tapi tidak pula gedeboh sebab sisi tepi di bentuk dengan baik. Memang berbaloi uollzz!

Cuba satu dulu. Lepas tu jamin semua color uollzz nak borong. Tudung ni di datangkan dengan 3 ukuran saiz iaitu M, L & XL. Saiz ini berdasarkan labuh masing-masing. Muka free saiz dah.

Ukuran dari dagu:
M = 16 inci
L = 19 inci
XL = 21 inci

================

Kelebihan tudung

*** Perlu iron (gosok)? Takkkkk kerana ianya kurang berkedut.
*** Awning rosak dan tak cantik? Siapa kata? Awning dari kain yang sama dan di alas dengan denim berkualiti. So, ianya sentiasa nampak cantik. Tidak rosak. Masuk dalam MESIN BASUH punnnn ok. Tak perlu lagi tukar awning.
*** Jahitan...tip-top kemas
*** Berdagu...ala2 ustajah pilihan gitu
*** Labuh... alhamdulillah.

================

Dapatkan SEGERA
M = RM 35 + RM 6 postage
L = RM 40 + RM 6 postage
XL = RM 45 + RM 6 postage

BELI 3 FREE POSTAGE

MINAT??
WA 0136297657
WA 0136297657
WA 0136297657

Monday, December 7, 2015

Lipat Baju

Assalamualaikum..

Kim surirumah sepenuh masa. 24/7 dengan anak. Termasuklah buang air dan mandi ade penonton setia. Tutup je pintu bilik air menangisla macam kena dera. Hukhukhuk.. Wanita bekerjaya boleh dikatakan surirumah jugak sebab balik kerja terus ke dapur, masak, basuh baju dan melayani anak-anak.

Kim memang tabik la kat wanita-wanita bekerjaya di luar sana yang berjaya menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

Walau apa pun pekerjaan yang kite buat, kite kene buat dengan fokus dan buat sehabis baik. Jangan fokus pada gaji semata-mata. Eh sorry la, membebel pulak. Hihihi...

Kim bersyukur sebab anak-anak depan mata 24 jam. Disebabkan Kim 24 jam berkepit dengan Amna, Amna telah melakukan sesuatu perkara yang mengharukan Kim. Perkara tersebut adalah lipat baju. Lipat baju je uollzz. Tu pon Kim boleh terharu tau.

Itulah kesannya bila 24 jam dengan mama. Hihihi.. Anak-anak memang macam tu. Dia suka meniru setiap perbuatan, pergerakan dan percakapan kita. So parents kena behave ye. Bukan anak-anak je perlu behave.

Saturday, December 5, 2015

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua! Cuti sekolah ni memang musim orang kawen kan. Hari ni pon insyaallah akan ke kenduri anak kawan ibu. Tengah pening ni nak pakai baju ape. Takde baju!(typical perempuan kan.hihi)

Kali pertama Kim pergi kenduri kawen selepas melahirkan Rumi nun jauh di Batu Pahat. Kawan masa kerja dulu. Masuk kerja hari yang sama dengan Ecah.

Kim tak pernah pergi kenduri kawen di Johor. First time tau. Makanan kenduri kat Johor sangat meriah. Lauk banyak.. Kuih banyak.. Macam-macam pilihan. Tapai pon ade. Tapi Kim tak berani lagila nak makan tapai pulut or ubi kayu. Kate orang tua-tua bisa. Takut sakit urat.

Entry ni khas untuk Ecah. Tak tau la dia baca tak.. Hihihi.. Malu tau kalau orang yang Kim kenal baca blog Kim. Ape pon Selamat pengantin baru Ecah!
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Gaduh-gaduh tu biase la ye. Lidah lagikan tergigit.

Nota: tak sempat tunggu Ecah sanding. Amna dan Rumi dah cranky. So Kim 3 beranak terjahla bilik pengantin.

Friday, December 4, 2015

Cantik dan Kurus

Assalamualaikum

Sekarang ni cuti sekolah. Musim cuti sekolah sangat sinonim dengan perkahwinan.

Hmmm... Bakal-bakal pengantin mesti mahu tampil cantik molek di hari yang berbahagia nanti kan.

So apa kata korang grab sekarang Shaklee Collagen Powder dan Lecithin. Sepanjang bulan December ni je la ye.

Shaklee Collagen Powder adalah untuk membantu menegangkan kulit wajah, melembapkan kulit dan baik juga untuk menyihatkan rambut. Collagen ni anti penuaan jugak ye!

Lecithin pulak mampu membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian.

Untuk info lebih lanjut boleh WhatsApp Kim ye:

0136297657

Thursday, December 3, 2015

Hello December

Assalamualaikum..

Dah lama kim menyepikan.. Rindu kitew tak? Hehehe.. Kuota habis so kim tensenla internet slow je. Tak rajinla nak update blog atau blogwalking.

Back to the topic, sekejap je mase berlalu, kan? Tup tup dah masuk December. Dah akhir tahun. Dah nak masuk 2016.

Azam korang tahun ni dah tercapai ke? Semuanya meet target ke? Banyak pulak kim bertanye ye.. Hihihi..

Sunday, November 8, 2015

Anak Perlu Bermain

Assalamualaikum..

Korang serabut tak rumah bersepah dengan mainan anak?

Kim serabut jugakla bila Amna sepahkan mainan. Kim pernah sorok Lego Amna. Mainan dia yang lain pon pernah sorok. Sebab malas nak kemas. Kalau Lego tu dia bukan nak main sangatla. Dia tak boleh tengok Lego tu diikat kemas dalam plastic. Hihihi.. Kim beli Lego sempena harijadinya yang kedua.

Tapi lepas dengar ceramah dari Dr. Putri Afzan berkenaan dengan kanak-kanak perlu bermain untuk sel-sel otaknya berhubung. Sebab memang fitrah anak bermain. Biarkan je rumah bersepah. Lepas tu kemas sama-sama dengan anak.

Secara tak langsung kita ajar anak mengemas mainannya dan ajar dia discipline. Lambat laun dia akan paham sendiri lepas main WAJIB simpan.

Time anak bermain kita sebagai ibu bapa perlu bermain sekali dengan mereka. Semasa dorang bermain, kita boleh ajar mereka secara tak langsung. Kita boleh selitkan ajar ABC, 123, gambar apa yang ada kat baju yang dipakainya. Semasa kita temankan mereka, kita boleh baca Juz Amma atau Alif Ba Ta ke.

Banyak perkara yang boleh dipelajari si anak ketika bermain. Antaranya konsep sharing, cara berkomunikasi, kasih sayang, mengawal kemarahan dan bertolak ansur.

6 tahun pertama ni kita meRAJAkan si anak tetapi perlu MODERATE dan ada BOUNDARY. Anak buat salah kita perlu tegur dan tak perlu menjerit kepada anak.

Thursday, November 5, 2015

Suntikan 3 Bulan Rumi

Assalamualaikum..

Semalam Kim bawak Rumi ke Klinik Kesihatan Batu ( KK Batu) untuk suntikan 3 bulan. Sampai di KK terkejut giler orang dah ramai. Padahal baru 7.35 pagi. Kim dapat nombor 18. 8.45 pagi setel.

Pergi KK suami hantar. Balik suami ambik. Mase bawak Amna dulu suami hantar sebelum dia pegi keje. Balik naik teksi berdua dengan Amna.  

 Inilah rutin sejak disahkan pregnant anak pertama lagi. Rutin ke KK Batu setiap bulan sehingga anak berusia 6 bulan. Hehehe.. 

Sesape yang da kawen tu get ready la ye utk ke klinik sehingga anak korang setahun setengah. Time peknen awal-awal tu setiap bulan. Patu setiap 2 minggu. Patu setiap mingguuuu.

Alkisahnya bawa Rumi untuk suntikan 3 bulan. Nurse timbang and ukur ketinggian Rumi.Berat Rumi 6.4kg dan tinggi 61cm. Alhamdulillah nurse cakap berat and tinggi Rumi normal.

Wednesday, November 4, 2015

Wordless Wednesday : Hujan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah so far kat KL ni setiap petang hujan.
Jerebu pon dah berambus..Hehehe..

Nota: Da tujuknye wordless Wednesday so 2 ayat je la..hihihi

Sunday, November 1, 2015

ESP dihatiku

Assalamualaikum..

ESP adalah antara produk Shaklee kim ambil setiap hari setiap pagi. Kalau tak ambil memang tak keruan la. Tak keruan la sebab sakit perut. Gastrik!

Anak dah 2 ni nak breakfast pon tak sempat. Baru anak 2. Kalau anak 3 tak sempat mandi agaknye. Hahaha.. Sebab tu penting time management. Kena discipline walaupon aku seorang surirumah.

Berbalik pada ESP la pulak. Hehe.. Kim kena ambil ESP untuk elakkan gastrik. Kalau gastrik nak jage anak pon susah. Sakit sampai tak boleh bangun. Muntah dan cirit birit bila masuk makanan. So untuk elakkan semua tu menu wajib Kim setiap pagi adalah ESP.

Dah ambil ESP so kim tak ambil minuman manis la. Mase dalam pantang kim takut nak minum air manis contohnye teh ke Milo ke sebab takut sembelit. Untuk elakkan keletihan kim ambil ESP je. Lagipon kim menyusukan Rumi, so memang sesuai sangatla untuk milk booster.

Bubur as-Syura

Assalamualaikum..

Jumaat lepas Cek (panggilan untuk nenek) kumpulkan anak cucu untuk adakan gotong royong mengacau bubur as-Syura.

Kim tak join la. Macam mana nak balik kampung. Abi tak de cuti. Mase Kim lahirkan anak kedua, Rumi, Abi ambil unpaid leave. Jadinya tak merasa la Kim bubur as-Syura. Tengok dari jauh je la dorang hantar gambar kat group WhatsApp.

Buburnya 3 periuk. Pada hari kejadian hujan pulak. Dengan semangat dan keazaman yang tinggi pengacau-pengacau bubur maka bubur itu dapat juga disiapkan. Hehehe.. Bolela bagi- bagi kat jiran-jiran dan sanak saudara. Terliur gak la walaupon tengok dari jauh. Tak tau la kenapa pantang nampak makanan pasti terliur. Hihihi..

Tahniah JDT

Assalamualaikum..

Dah lama tak update belog. Sejak lahirkan anak kedua tak ade mase pulak nak hapdate belog. Nak makan pon takde mase. Hehehe.. Tapi tak kurus pon. Huh..

Tetibe malam ni rasa nak update pasal JDT menang Piala AFC. Tahniah JDT harumkan nama Malaysia. Luaskan kuasamu JDT.

Wednesday, June 3, 2015

Set Mengandung, Set Pantang dan Set Menyusu Shaklee

Assalamualaikum..

Tercari-cari set mengandung untuk kekal cergas di bulan puasa? Seterusnya set mengandung tersebut boleh diambil sepanjang tempoh berpantang. Walaupon czer masih boleh diambil set pantang shaklee.

Dapat extra advantage lagi dari set pantang shaklee iaitu susu badan meriah.

Apabila susu badan meriah, anak yang disusukan dapat disusukan setiap sejam. Bayi yang jaundis perlu disusukan dengan lebih kerap.

Hanya tukarkan B-Complex dengan Alfalfa, set tersebut masih boleh diambil untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu sehingga si kecil anda berusia 2 tahun.

Tuesday, June 2, 2015

Welcome June 2015

Assalamualaikum..

Pejam celik....pejam celik... Dah setengah tahun. Kejap je masa berlalu. Anak makin banyak celotehnya. Dengan bear pon jadi dia tu. Tapi sangat pemalu orangnya.

Insyaallah bulan ni kita akan sambut bulan puasa. Ape persiapan kita? Dah tempah baju raya sedondon untuk hubby and anak-anak? Apa kaler tema tahun ni? Jangan dilupakan persiapan untuk mengerjakan ibadah puasa nanti tau.

Walaupon kita hanyalah seorang surirumah, kita sepatotnya dah ada plan untuk sepanjang tahun ni. Jangan biarkan masa berlalu dengan kita hanya sibuk di dapur, mengemas dan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Plan untuk mengadakan masa buat diri sendiri jugak tau ( peringatan untuk diri sendiri jugak.hehehe).

Tata..

Friday, May 29, 2015

Breakfast

Brekfes dgn segelas ESP. Pagi2 ni tak selera sangat nk makan. Tapi perlu ambil sesuatu untuk isi perut. Untuk elak perut masuk angin.. Bila perut masuk angin, makan apa pon akan keluar balik la..

ESP memang BEST. Bukan saje bagi kenyang dan tenaga tapi bagus untuk badan. Protein kan keperluan untuk semua orang tak kira wanita or lelaki utk membina sel2 baru.

Terutama sekali untuk ibu mengandung/berpantang/menyusukan anak. Sesuai juga untuk wanita yang merancang untuk mengandung supaya body sentiasa bersedia menerima kehadiran janin di dalam rahim. Kim memang ambil ESP sejak belum pregnant lagi dan teruskan sehingga sekarang(pregnant 31 minggu).

Tapi kalau korang boleh amalkan makan telur, ikan dan sebagainya boleh teruskanlah. Biasanya pada trimester pertama, ibu mengandung nak makan apa pon tak boleh masuk so jom ramai-ramai kita try ESP.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, May 27, 2015

Set Pantang Shaklee Part 2

Assalamualaikum..

Arini Kim nak kupas one by one supplement yang terkandung dalam set pantang. Sebab tu Kim buat tajuk set pantang shaklee part 2. Entry sebelum ni  tak cerita detail kan.

1. ESP ( tahan 1 bln setengah): Mempercepatkan proses pemulihan luka jahitan episiotomi atau czer & milk booster.

2. Vitalea (tahan 2 bln): Mengembalikan tenaga ibu yang berjaga malam dan juga meningkatkan HB ibu.

3. Vitamin C (tahan 6 bln): Meningkatkan imunisasi ibu & membantu penyerapan iron.

4. Ostematrix (tahan 1 bln): Mencegah sembelit, memelihara gigi dan tulang.

5. Omega Guard (tahan 3 bln): Membantu perkembangan otak bayi.

6. Alfalfa (tahan 1 bln): Membantu pelawasan ibu, bertindak sebagai kacip fatimah & milk booster.

Set pantang ni sama juga macam set menyusu. Boleh diambil semasa pantang dan ketika menyusukan anak.

Nikmati 5% diskaun jika beli 1 SET.
Beli satu per satu tak de diskaun ye.

WhatsApp ke 0136297657
WhatsApp ke 0136297657
WhatsApp ke 0136297657

#PengedarShakleeSegambut
#PromosiBerbaloibaloi
Jom like page Breastfeeding Expert. TQ!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, May 24, 2015

Surah Yang Diamalkan Ketika Mengandung

Assalamualaikum..

Hari ni Kim nak share surah apa yang Kim baca time mengandung. Mintak maaf ye. Bukan nak bajet bagus.

Kim pernah dengar kat Tanyalah Ustazah di TV9 setiap Jumaat 11.30 pagi dan ulangannnya setiap Rabu 9 pagi bersama Professor Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj.

Beliau share untuk trimester pertama baca surah Yusuf. Sebabnya untuk pembentukan fizikal bayi dalam kandungan. Trimester kedua amalkan baca surah Lukman. Ini adalah kerana tempoh tersebut otak bayi sedang berkembang. Pada trimester ketiga pula amalkan baca surah Maryam untuk memudahkan proses bersalin nanti.

Selain daripada surah-surah tersebut, surah-surah lain yang terkandung di dalam al-Quran perlu juga dibaca. Lagi bagus baca dan tafsir. Dan lagi lagi bagus kalau dapat khatam sewaktu mengandung (peringatan untuk diri sendiri juga).

Mak mertua Kim pesan baca surah at-Taubah, Yusuf, Maryam dan Lukman. Bila dah masuk 9 bulan baca Yasin setiap malam untuk mudahkan bersalin.

OK, sekian. Itu je perkongsian hari ini.

Tata..

Saturday, May 23, 2015

Pengalaman Naik Komuter

Assalamualaikum..

Selepas 2 tahun ini lah kali pertama naik komuter. Berdua dengan Amna. Amna sudah tentulah pengalaman pertamanya. Dan yang dalam perut ni 30 minggu. Amna good girl ( puji anak sendiri plak).

Walaupon Kim naik tu orang penuh giler. Berlari-lari anak jugak la sambil dukung Amna pergi kat koc yang boleh memuatkan kami berdua. Pelik sikit la kenapa orang ramai sangat padahal baru pukul 8.40 pagi dan hari Sabtu.

Berdiri jugakla dalam train dari stesen Segambut ke Putra. Kat stesen Putra Kim dapat la duduk. Ade sorang kakak tu cop kan tempat untuk Kim. Hehehe.. Kakak tu keje Polis. Dia nak balik Kelantan.

Bila dah lepas KL Sentral orang makin berkurang. Kim masuk Koc Wanita. Tapi ada jugak 2-3 orang lelaki 'sesat' masuk Koc Wanita. Kim turun kat stesen UKM. Lepas tu WhatsApp makcik Kim yang tinggal di Taman Universiti mintak tolong dia hantarkan ke Faizland Training Centre (FTC).

Hahaha.. Itulah sikit  pengalaman Kim dan Amna naik komuter.

Tata..

Friday, May 22, 2015

Kira Gerak Baby

Assalamualaikum..

Korang start kira gerak baby dalam kandungan minggu ke berapa? Kim start kira minggu ke-30. Nurse kat Klinik Kesihatan (KK) yang Kim pergi tu suruh start waktu 30 minggu.

Nurse cakap la betapa pentingnya kira gerakan baby dalam kandungan. Kalau tak cukup 10 kali dalam masa 12 jam ( 9 am - 9pm) cepat-cepat pergi HKL. At least doctor dapat kesan lebih awal apa yang jadi kat baby. Kita tak tau baby dalam perut macam mana keadaannya. So mommies sekalian janganlah pandang enteng pasal benda ni.

Kim ada pengalaman tak cukup gerakan baby time mengandungkan Amna. Dah dekat nak pukul 9 tapi kiraan tak cukup 10 lagi. So lepas Magrib suami hantar pergi HKL. Kim kena warded la 1 malam.

Kat HKL baby sangat aktif. Doctor pon confused sebab datang HKL baby tak gerak. Doctor concluded baby aktif malam atau siang tadi Kim tak aktif sangat. Hari tu Kim MC so memang baring je la. Hehehe.. Doctor pesan suruh banyak bergerak. Tapi kena tau limit la. Pregnant kan...

So malam tu nurse monitor la denyut nadi baby. Alhamdulillah semuanya ok. Nurse yang check Kim tu pregnant jugak. Dia cakap normal la kita risaukan baby kita. Kalau dia pon cuak gak.

Oleh itu sebab itu mommies jangan pandang sebelah mata pasal kira gerak bayi ni. Take care ye semua..

Tata..

Wednesday, May 20, 2015

Set Pantang Shaklee

Assalamualaikum..

Hai korang semua.. Yang berdebar-debar menunggu bayi dilahirkan mesti korang da survey beberapa brand set pantang kan.

Tercari-cari set pantang yg boleh digunakan walaupon bersalin czer atau anak jaundis?

Inilah dia set pantang shaklee. Boleh digunakan walaupon bersalin czer atau anak jaundis. Dapat extra advantage lagi iaitu susu badan meriah, stretch mark pudar dan kurangkan berat badan selepas bersalin.

Apabila susu badan meriah, anak yang disusukan dapat disusukan setiap sejam. Bayi jaundis perlu disusukan dengan lebih kerap.

Sekarang ade diskaun 5% tau untuk SET MENGANDUNG, SET PANTANG, SET KURUS & VIVIX TWINPACK.

Jom dapatkannya SEKARANG!

WhatsApp ke 0136297657
WhatsApp ke 0136297657
WhatsApp ke 0136297657

#PengedarShakleeSegambut
#PromosiBerbaloibaloi

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, May 5, 2015

Promosi Mei 2015

Assalamualaikum..

Dah lame giler tak update blog. Hampir setengah tahun Kim membiarkan blog bersawang..hihi.. Sebenarnya keadaan Kim tak mengizinkan untuk mengupdate blog ni. Kim dah pregnant 28 minggu. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Doakan Kim dan baby selamat tau..

Kim nak bagitahu korang sesuatu ni. Bulan Mei ni Shaklee buat promosi untuk OmegaGuard, Phytocol - ST dan juga VitaLea for Kids. Insyaallah next entry Kim kupas kelebihan setiap supplement.

Selain tu korang yang daftar sebagai ahli dan membeli salah satu produk Shaklee akan mendapat VitaLea with iron formula secara PERCUMA tau yang berharga RM 88.75.

Untuk keterangan lanjut sila

WhatsApp ke 0136297657
WhatsApp ke 0136297657
WhatsApp ke 0136297657

Nota: Membeli semasa promosi adalah satu langkah yang bijak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...