Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Monday, February 1, 2016

Cuti dan Ostematrix

Assalamualaikum..

Dah lama kim tak bersiaran kan? Rindu tak? Hahaha... Sorry, terperasan macamla ada pembaca setia daku ini!

Sekejap je masa berlalu kan? Pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan 2. Tahun 2016 ni banyak pulak cuti hari Isnin. Syukur sangat-sangat!

Cuti Thaipusam, cuti Hari Wilayah dan next week cuti Chinese New Year. 3 hari cuti ni sangat memenatkan Kim. Keluar pagi balik malam. Hero dan heroin kim balik rumah bukan nak terus tidur. Nak main-main dulu. Aduyai!

Setiap malam sebelum tidur kim ambil ostematrix Shaklee 4 biji. Ostematrix ni sumber kalsium untuk kim. Ostematrix membekalkan kalsium kepada badan.

Kim dah melahirkan anak dua kali. So nak topup kalsium yang da merosot kim ambil ostematrix. Rumi pon masih menyusu badan. So sangat sesuai la kim ambil ostematrix setiap malam untuk memelihara tulang dan gigi.

Selain daripada itu, ostematrix membantu untuk tidur yang lena. Dan yang paling penting ostematrix memudahkan 'membuang' setiap pagi.

Untuk dapatkan ostematrix hubungi kim ye; 0136297657. 

Friday, May 29, 2015

Breakfast

Brekfes dgn segelas ESP. Pagi2 ni tak selera sangat nk makan. Tapi perlu ambil sesuatu untuk isi perut. Untuk elak perut masuk angin.. Bila perut masuk angin, makan apa pon akan keluar balik la..

ESP memang BEST. Bukan saje bagi kenyang dan tenaga tapi bagus untuk badan. Protein kan keperluan untuk semua orang tak kira wanita or lelaki utk membina sel2 baru.

Terutama sekali untuk ibu mengandung/berpantang/menyusukan anak. Sesuai juga untuk wanita yang merancang untuk mengandung supaya body sentiasa bersedia menerima kehadiran janin di dalam rahim. Kim memang ambil ESP sejak belum pregnant lagi dan teruskan sehingga sekarang(pregnant 31 minggu).

Tapi kalau korang boleh amalkan makan telur, ikan dan sebagainya boleh teruskanlah. Biasanya pada trimester pertama, ibu mengandung nak makan apa pon tak boleh masuk so jom ramai-ramai kita try ESP.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, May 24, 2015

Surah Yang Diamalkan Ketika Mengandung

Assalamualaikum..

Hari ni Kim nak share surah apa yang Kim baca time mengandung. Mintak maaf ye. Bukan nak bajet bagus.

Kim pernah dengar kat Tanyalah Ustazah di TV9 setiap Jumaat 11.30 pagi dan ulangannnya setiap Rabu 9 pagi bersama Professor Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj.

Beliau share untuk trimester pertama baca surah Yusuf. Sebabnya untuk pembentukan fizikal bayi dalam kandungan. Trimester kedua amalkan baca surah Lukman. Ini adalah kerana tempoh tersebut otak bayi sedang berkembang. Pada trimester ketiga pula amalkan baca surah Maryam untuk memudahkan proses bersalin nanti.

Selain daripada surah-surah tersebut, surah-surah lain yang terkandung di dalam al-Quran perlu juga dibaca. Lagi bagus baca dan tafsir. Dan lagi lagi bagus kalau dapat khatam sewaktu mengandung (peringatan untuk diri sendiri juga).

Mak mertua Kim pesan baca surah at-Taubah, Yusuf, Maryam dan Lukman. Bila dah masuk 9 bulan baca Yasin setiap malam untuk mudahkan bersalin.

OK, sekian. Itu je perkongsian hari ini.

Tata..

Friday, May 22, 2015

Kira Gerak Baby

Assalamualaikum..

Korang start kira gerak baby dalam kandungan minggu ke berapa? Kim start kira minggu ke-30. Nurse kat Klinik Kesihatan (KK) yang Kim pergi tu suruh start waktu 30 minggu.

Nurse cakap la betapa pentingnya kira gerakan baby dalam kandungan. Kalau tak cukup 10 kali dalam masa 12 jam ( 9 am - 9pm) cepat-cepat pergi HKL. At least doctor dapat kesan lebih awal apa yang jadi kat baby. Kita tak tau baby dalam perut macam mana keadaannya. So mommies sekalian janganlah pandang enteng pasal benda ni.

Kim ada pengalaman tak cukup gerakan baby time mengandungkan Amna. Dah dekat nak pukul 9 tapi kiraan tak cukup 10 lagi. So lepas Magrib suami hantar pergi HKL. Kim kena warded la 1 malam.

Kat HKL baby sangat aktif. Doctor pon confused sebab datang HKL baby tak gerak. Doctor concluded baby aktif malam atau siang tadi Kim tak aktif sangat. Hari tu Kim MC so memang baring je la. Hehehe.. Doctor pesan suruh banyak bergerak. Tapi kena tau limit la. Pregnant kan...

So malam tu nurse monitor la denyut nadi baby. Alhamdulillah semuanya ok. Nurse yang check Kim tu pregnant jugak. Dia cakap normal la kita risaukan baby kita. Kalau dia pon cuak gak.

Oleh itu sebab itu mommies jangan pandang sebelah mata pasal kira gerak bayi ni. Take care ye semua..

Tata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...