Sunday, May 24, 2015

Surah Yang Diamalkan Ketika Mengandung

Assalamualaikum..

Hari ni Kim nak share surah apa yang Kim baca time mengandung. Mintak maaf ye. Bukan nak bajet bagus.

Kim pernah dengar kat Tanyalah Ustazah di TV9 setiap Jumaat 11.30 pagi dan ulangannnya setiap Rabu 9 pagi bersama Professor Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj.

Beliau share untuk trimester pertama baca surah Yusuf. Sebabnya untuk pembentukan fizikal bayi dalam kandungan. Trimester kedua amalkan baca surah Lukman. Ini adalah kerana tempoh tersebut otak bayi sedang berkembang. Pada trimester ketiga pula amalkan baca surah Maryam untuk memudahkan proses bersalin nanti.

Selain daripada surah-surah tersebut, surah-surah lain yang terkandung di dalam al-Quran perlu juga dibaca. Lagi bagus baca dan tafsir. Dan lagi lagi bagus kalau dapat khatam sewaktu mengandung (peringatan untuk diri sendiri juga).

Mak mertua Kim pesan baca surah at-Taubah, Yusuf, Maryam dan Lukman. Bila dah masuk 9 bulan baca Yasin setiap malam untuk mudahkan bersalin.

OK, sekian. Itu je perkongsian hari ini.

Tata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...