Sunday, November 8, 2015

Anak Perlu Bermain

Assalamualaikum..

Korang serabut tak rumah bersepah dengan mainan anak?

Kim serabut jugakla bila Amna sepahkan mainan. Kim pernah sorok Lego Amna. Mainan dia yang lain pon pernah sorok. Sebab malas nak kemas. Kalau Lego tu dia bukan nak main sangatla. Dia tak boleh tengok Lego tu diikat kemas dalam plastic. Hihihi.. Kim beli Lego sempena harijadinya yang kedua.

Tapi lepas dengar ceramah dari Dr. Putri Afzan berkenaan dengan kanak-kanak perlu bermain untuk sel-sel otaknya berhubung. Sebab memang fitrah anak bermain. Biarkan je rumah bersepah. Lepas tu kemas sama-sama dengan anak.

Secara tak langsung kita ajar anak mengemas mainannya dan ajar dia discipline. Lambat laun dia akan paham sendiri lepas main WAJIB simpan.

Time anak bermain kita sebagai ibu bapa perlu bermain sekali dengan mereka. Semasa dorang bermain, kita boleh ajar mereka secara tak langsung. Kita boleh selitkan ajar ABC, 123, gambar apa yang ada kat baju yang dipakainya. Semasa kita temankan mereka, kita boleh baca Juz Amma atau Alif Ba Ta ke.

Banyak perkara yang boleh dipelajari si anak ketika bermain. Antaranya konsep sharing, cara berkomunikasi, kasih sayang, mengawal kemarahan dan bertolak ansur.

6 tahun pertama ni kita meRAJAkan si anak tetapi perlu MODERATE dan ada BOUNDARY. Anak buat salah kita perlu tegur dan tak perlu menjerit kepada anak.

Thursday, November 5, 2015

Suntikan 3 Bulan Rumi

Assalamualaikum..

Semalam Kim bawak Rumi ke Klinik Kesihatan Batu ( KK Batu) untuk suntikan 3 bulan. Sampai di KK terkejut giler orang dah ramai. Padahal baru 7.35 pagi. Kim dapat nombor 18. 8.45 pagi setel.

Pergi KK suami hantar. Balik suami ambik. Mase bawak Amna dulu suami hantar sebelum dia pegi keje. Balik naik teksi berdua dengan Amna.  

 Inilah rutin sejak disahkan pregnant anak pertama lagi. Rutin ke KK Batu setiap bulan sehingga anak berusia 6 bulan. Hehehe.. 

Sesape yang da kawen tu get ready la ye utk ke klinik sehingga anak korang setahun setengah. Time peknen awal-awal tu setiap bulan. Patu setiap 2 minggu. Patu setiap mingguuuu.

Alkisahnya bawa Rumi untuk suntikan 3 bulan. Nurse timbang and ukur ketinggian Rumi.Berat Rumi 6.4kg dan tinggi 61cm. Alhamdulillah nurse cakap berat and tinggi Rumi normal.

Wednesday, November 4, 2015

Wordless Wednesday : Hujan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah so far kat KL ni setiap petang hujan.
Jerebu pon dah berambus..Hehehe..

Nota: Da tujuknye wordless Wednesday so 2 ayat je la..hihihi

Sunday, November 1, 2015

ESP dihatiku

Assalamualaikum..

ESP adalah antara produk Shaklee kim ambil setiap hari setiap pagi. Kalau tak ambil memang tak keruan la. Tak keruan la sebab sakit perut. Gastrik!

Anak dah 2 ni nak breakfast pon tak sempat. Baru anak 2. Kalau anak 3 tak sempat mandi agaknye. Hahaha.. Sebab tu penting time management. Kena discipline walaupon aku seorang surirumah.

Berbalik pada ESP la pulak. Hehe.. Kim kena ambil ESP untuk elakkan gastrik. Kalau gastrik nak jage anak pon susah. Sakit sampai tak boleh bangun. Muntah dan cirit birit bila masuk makanan. So untuk elakkan semua tu menu wajib Kim setiap pagi adalah ESP.

Dah ambil ESP so kim tak ambil minuman manis la. Mase dalam pantang kim takut nak minum air manis contohnye teh ke Milo ke sebab takut sembelit. Untuk elakkan keletihan kim ambil ESP je. Lagipon kim menyusukan Rumi, so memang sesuai sangatla untuk milk booster.

Bubur as-Syura

Assalamualaikum..

Jumaat lepas Cek (panggilan untuk nenek) kumpulkan anak cucu untuk adakan gotong royong mengacau bubur as-Syura.

Kim tak join la. Macam mana nak balik kampung. Abi tak de cuti. Mase Kim lahirkan anak kedua, Rumi, Abi ambil unpaid leave. Jadinya tak merasa la Kim bubur as-Syura. Tengok dari jauh je la dorang hantar gambar kat group WhatsApp.

Buburnya 3 periuk. Pada hari kejadian hujan pulak. Dengan semangat dan keazaman yang tinggi pengacau-pengacau bubur maka bubur itu dapat juga disiapkan. Hehehe.. Bolela bagi- bagi kat jiran-jiran dan sanak saudara. Terliur gak la walaupon tengok dari jauh. Tak tau la kenapa pantang nampak makanan pasti terliur. Hihihi..

Tahniah JDT

Assalamualaikum..

Dah lama tak update belog. Sejak lahirkan anak kedua tak ade mase pulak nak hapdate belog. Nak makan pon takde mase. Hehehe.. Tapi tak kurus pon. Huh..

Tetibe malam ni rasa nak update pasal JDT menang Piala AFC. Tahniah JDT harumkan nama Malaysia. Luaskan kuasamu JDT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...