Wednesday, November 26, 2014

Wordless Wednesday: Keputusan UPSR menurun 1%

Assalamualaikum..

Kim nak share pendapat Abi tentang tajuk di atas. Abi cakap 1% pon nak kecoh ke. Masalah keruntuhan akhlak tak nak highlight ke. Rancangan hiburan makin banyak. Sekarang pulak tengah hot Pop Crew. Itu tak nak pulak dirisaukan.

Tajuk pun Wordless Wednesday so tak bole la nak hurai panjang-panjang. Hehehe..

OK tata..

Sarapan

Assalamualaikum..

Korang sarapan ape pagi tadi?
Kim sarapan kueyteow (tak tau ejaan betol tak) goreng, Abi makan roti sebelom pergi kerja dan Amna lempeng.

Kenapa kitorang sekeluarga sarapan berbeza menu?
Sebab Kim panaskan kueyteow semalam. Hehehe.. Bukan malas tapi tak nak membazir. Membazir kan amalan syaitan. Abi tak suka makan berat sebab dia kata dia bukannya pekerja buruh yang kerja angkat berat tengah-tengah panas.  So, dia tak perlukan tenaga banyak. Abi makan roti Gardenia plastik kaler purple. Amna pulak sebab dia tak makan kueyteow goreng dan roti.

Kitorang breakfast pukul 7.30 pagi. Kalau kat kampung lagi awal. Sebelum pukul 7 mak dah sediakan makanan atas meja. Tetibe rindu masakan mak. Huwaaa... Nak balik kampung!

Tapi ada gak pukul 11 baru sarapan. Kim cakap ni sebab Kim nampak waktu tu ramai lagi orang kat kedai makan pagi yang dekat dengan rumah Kim. 2 minit je dari rumah.

Tata..

Tuesday, November 25, 2014

Perkhidmatan bas ekspress di Hentian Putra dipindahkan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mulai 1 Disember 2014

Assalamualaikum..

1Malaysia dah tau pasal operasi bas ekspress berpindah ke TBS. Tapi Kim baru ada masa nak share pendapat sendiri.

Kenapa perlu pindah?
Banyak kenangan Kim dengan Hentian Putra. Bersahur dan berbuka puasa kat sana. Hehehe.. Abi suke operasi dipindahkan ke TBS. Kurang sikit jem kat KL katenye. Adik-adik Kim pon naik bas kat Hentian Putra. Kalau dorang balik kampung Kim la yang hantar dorang naik bas kat Hentian Putra.

Sebab dari tempat tinggal Kim sekarang ni 10 minit je nak ke Hentian Putra. Jadi Kim tak suka operasi bas ekspress ke TBS. Bile pindah ke TBS jauh la nak hantar dorang. Pasni dorang pergi sendiri la. Hahaha..

Jadi nanti adik Kim yang kat Puncak Alam akan naik komuter dari Sungai Buloh ke TBS la. Waaaarggghhh jauhnye! Jauhla bagi Kim yang dah hampir 2 tahun tak naik komuter. Teringin gak nak naik komuter lagi tapi tak kesampaian lagi. Bhahaha..

OK tata..

Gosok baju

Assalamualaikum..

Gosok baju la paling tak suka buat sejak ada anak ni. Kononnya takut anak terkena seterika. Padahal memang tak suka buat. Hehehe.. Adik-adik sekalian jangan ikut perangai kakak ye.

Masa anak dara dulu tak suka masuk dapur. Tak suka masak. Tapi sekarang bila dah kawen ada anak memang suka masak. Tapi tak suka gosok baju. Banyak sangat tapinya. Hihihi..

So apa yang Kim buat untuk atasi masalah tak suka gosok baju??? Setiap Sabtu or Ahad Kim luangkan masa untuk menggosok semua kemeja dan seluar Abi. Kalau rajin gosok untuk 5 hari. Kalau ada penyakit M gosok untuk hari Isnin je dulu. Padahal baju kerja Abi je perlu digosok.. Hehehe..

Satu lagi tip, sebelum keluar di hujung minggu mengunjungi ibu bapa, sanak saudara atau shopping mall setelkan dulu gosok baju untuk pergi kerja hari Isnin. Supaya hari Isnin tak lah kelam kabut sangat.

Tata..

Monday, November 24, 2014

Syukur

Assalamualaikum..

Dulu Amna nak bercakap sangat susah. Sampai satu masa tu Kim paksa dia. Mama yang tensen anak tak nak cakap lagi. Anak pertama so excited and tak sabar sangat nak anak cakap. Hehehe..

Sekarang Amna tak berhenti berceloteh. Bangun tidur je terus berceramah. Hehehe. Kim layanla dia cakap walaupon tak paham. Kim dengar betul-betul suku kata yang dicakapkan dan buat ayat sendiri mengikut apa yang Amna sedang lakukan.

Tata..

Orang Yang Rajin

Assalamualaikum..

Minggu lepas pergi rumah adik di Ampang untuk ambil mangga yang dibawanya dari kampung. Adik rajin balik kampung. Mangga tu Kim nak buat jeruk mangga asam boi. Buat jeruk guna mangga beli kat pasaraya tak memuaskan hati la. Hehehe..

On the way balik Abi singgah di Masjid al-Bukhary untuk solat Asar. Almaklum la kl ni kesesakan lalulintas tak menentu. So better singgah solat dulu. Sepatutnya 5 minit lagi nak sampai rumah boleh jadi setengah jam.

Sebelum Kim masuk ruang solat, Kim tukar diaper Amna dulu. Masuk ruang solat ada la sorang wanita tengah solat.Mase nak ambil telekung Kim tengok ada dua longgokan kat bawah.

Kim pilih-pilihla mana yang berkenan pastu terus solat. Siap solat nak simpan balik telekung kat tempat asalnya Kim nampak wanita yang solat tadi melipat dan sangkut semua telekung. Kim tengok dia padankan telekung ikut pasangan yang betul. Bukan lipat ikut suka hati je.

Kim tanya la kerja kat masjid ni ke? Dia cakap tak. Dia kerja kat klcc tapi balik kerja memang dia suka singgah masjid. Dia tak suka balik rumah. Tensen katanya. Dengar loghatnye macam dari Indonesia.

Tak sangka sangat dengan apa yang Kim tengok petang tu. Sangat-sangat tak sangka ada lagi orang serajin dan sebaik tu di tengah-tengah bandaraya.

Tata..

Sunday, November 2, 2014

Promosi Shaklee November 2014 - Omega Guard

Assalamualaikum..

Untuk bulan November ni Shaklee buat promotion tau untuk Omega Guard. BUY 6 FREE 1.. Boleh simpan buat stock sementara murah ni. Boleh share ngan suami/isteri, anak-anak, atok nenek atau kawan-kawan.

Kim story skit pasal Omega Guard ni. Kim type kat hand phone cap ayam. Amna tido so bolela menaip sepatah dua. Hehehe..

Omega Guard mengandungi Omega-3, DHA dan EPA. Semua ni tak dihasilkan oleh badan dan sangat-sangatlah diperlukan oleh badan kita. Ini adalah untuk kelancaran darah dalam badan kita. Bila peredaran darah lancar, semua organ dalaman kita mendapat zat secukupnya. 

Ok nanti kite sambung ye..nk pergi lunch kt Rawang. FIL nak jalan-jalan..

Tata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...