Showing posts with label Perkembangan Anak. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Anak. Show all posts

Sunday, November 8, 2015

Anak Perlu Bermain

Assalamualaikum..

Korang serabut tak rumah bersepah dengan mainan anak?

Kim serabut jugakla bila Amna sepahkan mainan. Kim pernah sorok Lego Amna. Mainan dia yang lain pon pernah sorok. Sebab malas nak kemas. Kalau Lego tu dia bukan nak main sangatla. Dia tak boleh tengok Lego tu diikat kemas dalam plastic. Hihihi.. Kim beli Lego sempena harijadinya yang kedua.

Tapi lepas dengar ceramah dari Dr. Putri Afzan berkenaan dengan kanak-kanak perlu bermain untuk sel-sel otaknya berhubung. Sebab memang fitrah anak bermain. Biarkan je rumah bersepah. Lepas tu kemas sama-sama dengan anak.

Secara tak langsung kita ajar anak mengemas mainannya dan ajar dia discipline. Lambat laun dia akan paham sendiri lepas main WAJIB simpan.

Time anak bermain kita sebagai ibu bapa perlu bermain sekali dengan mereka. Semasa dorang bermain, kita boleh ajar mereka secara tak langsung. Kita boleh selitkan ajar ABC, 123, gambar apa yang ada kat baju yang dipakainya. Semasa kita temankan mereka, kita boleh baca Juz Amma atau Alif Ba Ta ke.

Banyak perkara yang boleh dipelajari si anak ketika bermain. Antaranya konsep sharing, cara berkomunikasi, kasih sayang, mengawal kemarahan dan bertolak ansur.

6 tahun pertama ni kita meRAJAkan si anak tetapi perlu MODERATE dan ada BOUNDARY. Anak buat salah kita perlu tegur dan tak perlu menjerit kepada anak.

Thursday, November 5, 2015

Suntikan 3 Bulan Rumi

Assalamualaikum..

Semalam Kim bawak Rumi ke Klinik Kesihatan Batu ( KK Batu) untuk suntikan 3 bulan. Sampai di KK terkejut giler orang dah ramai. Padahal baru 7.35 pagi. Kim dapat nombor 18. 8.45 pagi setel.

Pergi KK suami hantar. Balik suami ambik. Mase bawak Amna dulu suami hantar sebelum dia pegi keje. Balik naik teksi berdua dengan Amna.  

 Inilah rutin sejak disahkan pregnant anak pertama lagi. Rutin ke KK Batu setiap bulan sehingga anak berusia 6 bulan. Hehehe.. 

Sesape yang da kawen tu get ready la ye utk ke klinik sehingga anak korang setahun setengah. Time peknen awal-awal tu setiap bulan. Patu setiap 2 minggu. Patu setiap mingguuuu.

Alkisahnya bawa Rumi untuk suntikan 3 bulan. Nurse timbang and ukur ketinggian Rumi.Berat Rumi 6.4kg dan tinggi 61cm. Alhamdulillah nurse cakap berat and tinggi Rumi normal.

Monday, November 24, 2014

Syukur

Assalamualaikum..

Dulu Amna nak bercakap sangat susah. Sampai satu masa tu Kim paksa dia. Mama yang tensen anak tak nak cakap lagi. Anak pertama so excited and tak sabar sangat nak anak cakap. Hehehe..

Sekarang Amna tak berhenti berceloteh. Bangun tidur je terus berceramah. Hehehe. Kim layanla dia cakap walaupon tak paham. Kim dengar betul-betul suku kata yang dicakapkan dan buat ayat sendiri mengikut apa yang Amna sedang lakukan.

Tata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...