Saturday, December 5, 2015

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua! Cuti sekolah ni memang musim orang kawen kan. Hari ni pon insyaallah akan ke kenduri anak kawan ibu. Tengah pening ni nak pakai baju ape. Takde baju!(typical perempuan kan.hihi)

Kali pertama Kim pergi kenduri kawen selepas melahirkan Rumi nun jauh di Batu Pahat. Kawan masa kerja dulu. Masuk kerja hari yang sama dengan Ecah.

Kim tak pernah pergi kenduri kawen di Johor. First time tau. Makanan kenduri kat Johor sangat meriah. Lauk banyak.. Kuih banyak.. Macam-macam pilihan. Tapai pon ade. Tapi Kim tak berani lagila nak makan tapai pulut or ubi kayu. Kate orang tua-tua bisa. Takut sakit urat.

Entry ni khas untuk Ecah. Tak tau la dia baca tak.. Hihihi.. Malu tau kalau orang yang Kim kenal baca blog Kim. Ape pon Selamat pengantin baru Ecah!
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Gaduh-gaduh tu biase la ye. Lidah lagikan tergigit.

Nota: tak sempat tunggu Ecah sanding. Amna dan Rumi dah cranky. So Kim 3 beranak terjahla bilik pengantin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...