Saturday, May 23, 2015

Pengalaman Naik Komuter

Assalamualaikum..

Selepas 2 tahun ini lah kali pertama naik komuter. Berdua dengan Amna. Amna sudah tentulah pengalaman pertamanya. Dan yang dalam perut ni 30 minggu. Amna good girl ( puji anak sendiri plak).

Walaupon Kim naik tu orang penuh giler. Berlari-lari anak jugak la sambil dukung Amna pergi kat koc yang boleh memuatkan kami berdua. Pelik sikit la kenapa orang ramai sangat padahal baru pukul 8.40 pagi dan hari Sabtu.

Berdiri jugakla dalam train dari stesen Segambut ke Putra. Kat stesen Putra Kim dapat la duduk. Ade sorang kakak tu cop kan tempat untuk Kim. Hehehe.. Kakak tu keje Polis. Dia nak balik Kelantan.

Bila dah lepas KL Sentral orang makin berkurang. Kim masuk Koc Wanita. Tapi ada jugak 2-3 orang lelaki 'sesat' masuk Koc Wanita. Kim turun kat stesen UKM. Lepas tu WhatsApp makcik Kim yang tinggal di Taman Universiti mintak tolong dia hantarkan ke Faizland Training Centre (FTC).

Hahaha.. Itulah sikit  pengalaman Kim dan Amna naik komuter.

Tata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...