Showing posts with label Aktiviti Anak. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Anak. Show all posts

Monday, December 7, 2015

Lipat Baju

Assalamualaikum..

Kim surirumah sepenuh masa. 24/7 dengan anak. Termasuklah buang air dan mandi ade penonton setia. Tutup je pintu bilik air menangisla macam kena dera. Hukhukhuk.. Wanita bekerjaya boleh dikatakan surirumah jugak sebab balik kerja terus ke dapur, masak, basuh baju dan melayani anak-anak.

Kim memang tabik la kat wanita-wanita bekerjaya di luar sana yang berjaya menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

Walau apa pun pekerjaan yang kite buat, kite kene buat dengan fokus dan buat sehabis baik. Jangan fokus pada gaji semata-mata. Eh sorry la, membebel pulak. Hihihi...

Kim bersyukur sebab anak-anak depan mata 24 jam. Disebabkan Kim 24 jam berkepit dengan Amna, Amna telah melakukan sesuatu perkara yang mengharukan Kim. Perkara tersebut adalah lipat baju. Lipat baju je uollzz. Tu pon Kim boleh terharu tau.

Itulah kesannya bila 24 jam dengan mama. Hihihi.. Anak-anak memang macam tu. Dia suka meniru setiap perbuatan, pergerakan dan percakapan kita. So parents kena behave ye. Bukan anak-anak je perlu behave.

Sunday, November 8, 2015

Anak Perlu Bermain

Assalamualaikum..

Korang serabut tak rumah bersepah dengan mainan anak?

Kim serabut jugakla bila Amna sepahkan mainan. Kim pernah sorok Lego Amna. Mainan dia yang lain pon pernah sorok. Sebab malas nak kemas. Kalau Lego tu dia bukan nak main sangatla. Dia tak boleh tengok Lego tu diikat kemas dalam plastic. Hihihi.. Kim beli Lego sempena harijadinya yang kedua.

Tapi lepas dengar ceramah dari Dr. Putri Afzan berkenaan dengan kanak-kanak perlu bermain untuk sel-sel otaknya berhubung. Sebab memang fitrah anak bermain. Biarkan je rumah bersepah. Lepas tu kemas sama-sama dengan anak.

Secara tak langsung kita ajar anak mengemas mainannya dan ajar dia discipline. Lambat laun dia akan paham sendiri lepas main WAJIB simpan.

Time anak bermain kita sebagai ibu bapa perlu bermain sekali dengan mereka. Semasa dorang bermain, kita boleh ajar mereka secara tak langsung. Kita boleh selitkan ajar ABC, 123, gambar apa yang ada kat baju yang dipakainya. Semasa kita temankan mereka, kita boleh baca Juz Amma atau Alif Ba Ta ke.

Banyak perkara yang boleh dipelajari si anak ketika bermain. Antaranya konsep sharing, cara berkomunikasi, kasih sayang, mengawal kemarahan dan bertolak ansur.

6 tahun pertama ni kita meRAJAkan si anak tetapi perlu MODERATE dan ada BOUNDARY. Anak buat salah kita perlu tegur dan tak perlu menjerit kepada anak.

Sunday, October 26, 2014

Nasihat Kakak Ipar

Assalamualaikum..

Hujung minggu Kim berkumpul rumah mertua dengan kakak ipar sekeluarga. Kim panggil kakak ipar Ngah. Ngah mempunyai 3 orang anak. Yang sulong darjah 1. Yang bongsu 2 tahun. Semuanya hero. Kim ada gak la mengadu kat Ngah susahnye nak mengandung kali kedua :(
 
Kim berbual dengan Ngah pasal drama TV, fesyen tudung dan anak. Al-maklumla, Kim ni surirumah sepenuh masa, so bila jumpa perempuan rase macam nak bercerita semua benda. Kim selalu la refer kat dia pasal anak sebab da makan garam dulu. Hehehe..

Kim tanya la pasal aktiviti anak. Ngah pesan kalau boleh jangan selalu bawak anak pergi shopping. Seboleh-bolehnya elakkan weekend pergi mall. Sebab nanti mindset anak-anak akan  di set setiap kali weekend wajib pergi shopping complex. Bagi budak-budak tu NO SHOPPING NO HOLIDAY.. Bagi dorang macam tak lengkapla cuti tanpa shopping dan hidup ni nak membeli je. Semua benda nak beli..

Tata..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...