Wednesday, December 3, 2014

Online Shopping

Assalamualaikum..

Siapa kat sini memang suke giler online shopping?

Kim biase-biase je. Tak de la suke giler. Tapi posmen datang tiap-tiap bulan hantar supplement Shaklee la kat rumah. Kim jarang-jarang COD supplement Shaklee kat customer. Biasa pos la. Pejabat beberapa meter je dari rumah. So boleh jalan kaki ngan Amna.

Setakat ni ade la beli tudung 2 and blouse 2. Beli kat Instagram. Hihihi.. Abi bising-bising gak tapi dia pon sama. Dia kate pakaian kite tak pegang kainnya so kite tak tau la sedap ke tak time pakai nanti. Hehehe..

Abi suka beli barang kat China. Contohnya powerbank, earphone dan skrin henpon. Skrin henpon retak seribu. Jatuh dari poket. Dia beli and pasang sendiri la. Urusan jualbeli tu guna PayPal. Kalau dia nak beli barang 'kuda kesayangan'nya, COD la.

Redmi Note yang Kim pakai skang ni pon dia beli dari China. China pon China la. Banyak berjasa and tahan lasak. Dah banyak kali Amna jatuhkan. Alhamdulillah masih berfungsi. Adik Kim pon pakai henpon same dengan Kim gak. Terpengaruh dengan kakak dia. Hahaha..

Tata

Wednesday, November 26, 2014

Wordless Wednesday: Keputusan UPSR menurun 1%

Assalamualaikum..

Kim nak share pendapat Abi tentang tajuk di atas. Abi cakap 1% pon nak kecoh ke. Masalah keruntuhan akhlak tak nak highlight ke. Rancangan hiburan makin banyak. Sekarang pulak tengah hot Pop Crew. Itu tak nak pulak dirisaukan.

Tajuk pun Wordless Wednesday so tak bole la nak hurai panjang-panjang. Hehehe..

OK tata..

Sarapan

Assalamualaikum..

Korang sarapan ape pagi tadi?
Kim sarapan kueyteow (tak tau ejaan betol tak) goreng, Abi makan roti sebelom pergi kerja dan Amna lempeng.

Kenapa kitorang sekeluarga sarapan berbeza menu?
Sebab Kim panaskan kueyteow semalam. Hehehe.. Bukan malas tapi tak nak membazir. Membazir kan amalan syaitan. Abi tak suka makan berat sebab dia kata dia bukannya pekerja buruh yang kerja angkat berat tengah-tengah panas.  So, dia tak perlukan tenaga banyak. Abi makan roti Gardenia plastik kaler purple. Amna pulak sebab dia tak makan kueyteow goreng dan roti.

Kitorang breakfast pukul 7.30 pagi. Kalau kat kampung lagi awal. Sebelum pukul 7 mak dah sediakan makanan atas meja. Tetibe rindu masakan mak. Huwaaa... Nak balik kampung!

Tapi ada gak pukul 11 baru sarapan. Kim cakap ni sebab Kim nampak waktu tu ramai lagi orang kat kedai makan pagi yang dekat dengan rumah Kim. 2 minit je dari rumah.

Tata..

Tuesday, November 25, 2014

Perkhidmatan bas ekspress di Hentian Putra dipindahkan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mulai 1 Disember 2014

Assalamualaikum..

1Malaysia dah tau pasal operasi bas ekspress berpindah ke TBS. Tapi Kim baru ada masa nak share pendapat sendiri.

Kenapa perlu pindah?
Banyak kenangan Kim dengan Hentian Putra. Bersahur dan berbuka puasa kat sana. Hehehe.. Abi suke operasi dipindahkan ke TBS. Kurang sikit jem kat KL katenye. Adik-adik Kim pon naik bas kat Hentian Putra. Kalau dorang balik kampung Kim la yang hantar dorang naik bas kat Hentian Putra.

Sebab dari tempat tinggal Kim sekarang ni 10 minit je nak ke Hentian Putra. Jadi Kim tak suka operasi bas ekspress ke TBS. Bile pindah ke TBS jauh la nak hantar dorang. Pasni dorang pergi sendiri la. Hahaha..

Jadi nanti adik Kim yang kat Puncak Alam akan naik komuter dari Sungai Buloh ke TBS la. Waaaarggghhh jauhnye! Jauhla bagi Kim yang dah hampir 2 tahun tak naik komuter. Teringin gak nak naik komuter lagi tapi tak kesampaian lagi. Bhahaha..

OK tata..

Gosok baju

Assalamualaikum..

Gosok baju la paling tak suka buat sejak ada anak ni. Kononnya takut anak terkena seterika. Padahal memang tak suka buat. Hehehe.. Adik-adik sekalian jangan ikut perangai kakak ye.

Masa anak dara dulu tak suka masuk dapur. Tak suka masak. Tapi sekarang bila dah kawen ada anak memang suka masak. Tapi tak suka gosok baju. Banyak sangat tapinya. Hihihi..

So apa yang Kim buat untuk atasi masalah tak suka gosok baju??? Setiap Sabtu or Ahad Kim luangkan masa untuk menggosok semua kemeja dan seluar Abi. Kalau rajin gosok untuk 5 hari. Kalau ada penyakit M gosok untuk hari Isnin je dulu. Padahal baju kerja Abi je perlu digosok.. Hehehe..

Satu lagi tip, sebelum keluar di hujung minggu mengunjungi ibu bapa, sanak saudara atau shopping mall setelkan dulu gosok baju untuk pergi kerja hari Isnin. Supaya hari Isnin tak lah kelam kabut sangat.

Tata..

Monday, November 24, 2014

Syukur

Assalamualaikum..

Dulu Amna nak bercakap sangat susah. Sampai satu masa tu Kim paksa dia. Mama yang tensen anak tak nak cakap lagi. Anak pertama so excited and tak sabar sangat nak anak cakap. Hehehe..

Sekarang Amna tak berhenti berceloteh. Bangun tidur je terus berceramah. Hehehe. Kim layanla dia cakap walaupon tak paham. Kim dengar betul-betul suku kata yang dicakapkan dan buat ayat sendiri mengikut apa yang Amna sedang lakukan.

Tata..

Orang Yang Rajin

Assalamualaikum..

Minggu lepas pergi rumah adik di Ampang untuk ambil mangga yang dibawanya dari kampung. Adik rajin balik kampung. Mangga tu Kim nak buat jeruk mangga asam boi. Buat jeruk guna mangga beli kat pasaraya tak memuaskan hati la. Hehehe..

On the way balik Abi singgah di Masjid al-Bukhary untuk solat Asar. Almaklum la kl ni kesesakan lalulintas tak menentu. So better singgah solat dulu. Sepatutnya 5 minit lagi nak sampai rumah boleh jadi setengah jam.

Sebelum Kim masuk ruang solat, Kim tukar diaper Amna dulu. Masuk ruang solat ada la sorang wanita tengah solat.Mase nak ambil telekung Kim tengok ada dua longgokan kat bawah.

Kim pilih-pilihla mana yang berkenan pastu terus solat. Siap solat nak simpan balik telekung kat tempat asalnya Kim nampak wanita yang solat tadi melipat dan sangkut semua telekung. Kim tengok dia padankan telekung ikut pasangan yang betul. Bukan lipat ikut suka hati je.

Kim tanya la kerja kat masjid ni ke? Dia cakap tak. Dia kerja kat klcc tapi balik kerja memang dia suka singgah masjid. Dia tak suka balik rumah. Tensen katanya. Dengar loghatnye macam dari Indonesia.

Tak sangka sangat dengan apa yang Kim tengok petang tu. Sangat-sangat tak sangka ada lagi orang serajin dan sebaik tu di tengah-tengah bandaraya.

Tata..

Sunday, November 2, 2014

Promosi Shaklee November 2014 - Omega Guard

Assalamualaikum..

Untuk bulan November ni Shaklee buat promotion tau untuk Omega Guard. BUY 6 FREE 1.. Boleh simpan buat stock sementara murah ni. Boleh share ngan suami/isteri, anak-anak, atok nenek atau kawan-kawan.

Kim story skit pasal Omega Guard ni. Kim type kat hand phone cap ayam. Amna tido so bolela menaip sepatah dua. Hehehe..

Omega Guard mengandungi Omega-3, DHA dan EPA. Semua ni tak dihasilkan oleh badan dan sangat-sangatlah diperlukan oleh badan kita. Ini adalah untuk kelancaran darah dalam badan kita. Bila peredaran darah lancar, semua organ dalaman kita mendapat zat secukupnya. 

Ok nanti kite sambung ye..nk pergi lunch kt Rawang. FIL nak jalan-jalan..

Tata..

Sunday, October 26, 2014

Nasihat Kakak Ipar

Assalamualaikum..

Hujung minggu Kim berkumpul rumah mertua dengan kakak ipar sekeluarga. Kim panggil kakak ipar Ngah. Ngah mempunyai 3 orang anak. Yang sulong darjah 1. Yang bongsu 2 tahun. Semuanya hero. Kim ada gak la mengadu kat Ngah susahnye nak mengandung kali kedua :(
 
Kim berbual dengan Ngah pasal drama TV, fesyen tudung dan anak. Al-maklumla, Kim ni surirumah sepenuh masa, so bila jumpa perempuan rase macam nak bercerita semua benda. Kim selalu la refer kat dia pasal anak sebab da makan garam dulu. Hehehe..

Kim tanya la pasal aktiviti anak. Ngah pesan kalau boleh jangan selalu bawak anak pergi shopping. Seboleh-bolehnya elakkan weekend pergi mall. Sebab nanti mindset anak-anak akan  di set setiap kali weekend wajib pergi shopping complex. Bagi budak-budak tu NO SHOPPING NO HOLIDAY.. Bagi dorang macam tak lengkapla cuti tanpa shopping dan hidup ni nak membeli je. Semua benda nak beli..

Tata..

Tuesday, October 21, 2014

Mom and Baby Expo 2014

Assalamualaikum..

Ape khabar korang semua. Kim alhamdulillah sihat walafiat. Amna belum sihat sepenuhnya lagi. Kesian tengok Amna. Tapi insyaAllah

Friday, October 10, 2014

Set Menyusu Shaklee ESP!


Assalamualaikum..

Apa khabar korang semua? Musim jerebu ni kurangkan aktiviti di luar ye. Kalau terpaksa keluar rumah jugak lepas tu sakit-sakit tekak Kim cadangkan korang ambil la Vitamin C, Omega Guard dan Nutriferon untuk meningkatkan imunisasi badan korang. Kalau nak order bole contact Kim. Tapi, hari ni Kim nak cerita pasal salah satu supplement yang terdapat dalam Set Menyusu Shaklee dan

Sunday, October 5, 2014

K.O.R.B.A.N

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Arini Kim bersiaran dari Kuala Terengganu. Amna tidur so bolela menaip sepatah dua kata..hehehe.. Amna penat sembelih lembu korban tadi.
Korban? Erti perngorbanan

Wednesday, October 1, 2014

Promosi Shaklee Oktober - ESP Soy Protein Isolated Powder

Assalamualaikum..

Sudah lama tak bersiaran.. Hari ni Kim ada gooood news kepada semua yg nk menyusukan anak sehingga 2 tahun, yang nak kurus dan yang nak cantik. Bulan Oktober promosi ESP. So harga ESP

Wednesday, September 10, 2014

Amna's Corner

Assalamualaikum..

Amna's corner tu tempat lepak anak Kim.. Abi Amna yg kasi name tu..
Kat sini la Amna duduk2 tak sampai 5 minit.. Hehe. And tak sampai seminit tempat ni berselerak. Amna

Promosi shaklee - September 2014

Assalamualaikum...

 Hye all.. Good news untuk you all yang pengguna setia Shaklee.. Bulan ni ade promo MEALSHAKES BUY 3 FREE
1 & SHAKLEE COLLAGEN POWDER BUY 6 FREE 1..

 Cepat-cepat dapatkannya sekarang...







 Tata...



Pengedar Shaklee Segambut

Assalamualaikum..

Cewahhh tajuk.. Kemain lagi.. Hehe.. Untuk pengetahuan korang semua Kim dah jadi pengedar Shaklee di Segambut.. So korang bolelaa order ngn Kim ye..

Kim da gunakan Shaklee

Thursday, September 4, 2014

Set Menyusu Shaklee - ESP

Assalamualaikum dan semoga sihat semua ye :)

Mommies yang menyusukan anak mesti nak sentiasa tampil menawan dan bertenaga. Actually, macam korang semua tahu menyusukan anak adalah salah satu cara membakar kalori. Oleh sebab itu mommies akan keletihan dan tidak bertenaga.

Ini akan menyebabkan mommies akan mengambil air manis untuk mengatasi

Tuesday, April 15, 2014

Pengenalan!

Assalamualaikum...

Kim budak baru belajar.. Baru belajar nak berblogging.. Hehe.. Sila bagi tunjuk ajar..

So, please give me your support..

Tata..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...