Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Sunday, November 1, 2015

Bubur as-Syura

Assalamualaikum..

Jumaat lepas Cek (panggilan untuk nenek) kumpulkan anak cucu untuk adakan gotong royong mengacau bubur as-Syura.

Kim tak join la. Macam mana nak balik kampung. Abi tak de cuti. Mase Kim lahirkan anak kedua, Rumi, Abi ambil unpaid leave. Jadinya tak merasa la Kim bubur as-Syura. Tengok dari jauh je la dorang hantar gambar kat group WhatsApp.

Buburnya 3 periuk. Pada hari kejadian hujan pulak. Dengan semangat dan keazaman yang tinggi pengacau-pengacau bubur maka bubur itu dapat juga disiapkan. Hehehe.. Bolela bagi- bagi kat jiran-jiran dan sanak saudara. Terliur gak la walaupon tengok dari jauh. Tak tau la kenapa pantang nampak makanan pasti terliur. Hihihi..

Wednesday, November 26, 2014

Sarapan

Assalamualaikum..

Korang sarapan ape pagi tadi?
Kim sarapan kueyteow (tak tau ejaan betol tak) goreng, Abi makan roti sebelom pergi kerja dan Amna lempeng.

Kenapa kitorang sekeluarga sarapan berbeza menu?
Sebab Kim panaskan kueyteow semalam. Hehehe.. Bukan malas tapi tak nak membazir. Membazir kan amalan syaitan. Abi tak suka makan berat sebab dia kata dia bukannya pekerja buruh yang kerja angkat berat tengah-tengah panas.  So, dia tak perlukan tenaga banyak. Abi makan roti Gardenia plastik kaler purple. Amna pulak sebab dia tak makan kueyteow goreng dan roti.

Kitorang breakfast pukul 7.30 pagi. Kalau kat kampung lagi awal. Sebelum pukul 7 mak dah sediakan makanan atas meja. Tetibe rindu masakan mak. Huwaaa... Nak balik kampung!

Tapi ada gak pukul 11 baru sarapan. Kim cakap ni sebab Kim nampak waktu tu ramai lagi orang kat kedai makan pagi yang dekat dengan rumah Kim. 2 minit je dari rumah.

Tata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...