Sunday, November 8, 2015

Anak Perlu Bermain

Assalamualaikum..

Korang serabut tak rumah bersepah dengan mainan anak?

Kim serabut jugakla bila Amna sepahkan mainan. Kim pernah sorok Lego Amna. Mainan dia yang lain pon pernah sorok. Sebab malas nak kemas. Kalau Lego tu dia bukan nak main sangatla. Dia tak boleh tengok Lego tu diikat kemas dalam plastic. Hihihi.. Kim beli Lego sempena harijadinya yang kedua.

Tapi lepas dengar ceramah dari Dr. Putri Afzan berkenaan dengan kanak-kanak perlu bermain untuk sel-sel otaknya berhubung. Sebab memang fitrah anak bermain. Biarkan je rumah bersepah. Lepas tu kemas sama-sama dengan anak.

Secara tak langsung kita ajar anak mengemas mainannya dan ajar dia discipline. Lambat laun dia akan paham sendiri lepas main WAJIB simpan.

Time anak bermain kita sebagai ibu bapa perlu bermain sekali dengan mereka. Semasa dorang bermain, kita boleh ajar mereka secara tak langsung. Kita boleh selitkan ajar ABC, 123, gambar apa yang ada kat baju yang dipakainya. Semasa kita temankan mereka, kita boleh baca Juz Amma atau Alif Ba Ta ke.

Banyak perkara yang boleh dipelajari si anak ketika bermain. Antaranya konsep sharing, cara berkomunikasi, kasih sayang, mengawal kemarahan dan bertolak ansur.

6 tahun pertama ni kita meRAJAkan si anak tetapi perlu MODERATE dan ada BOUNDARY. Anak buat salah kita perlu tegur dan tak perlu menjerit kepada anak.

2 comments:

  1. betul tu, didik anak ikut perkembangan usianya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu..nak kene jage hati dan perasan si anak gak..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...