Monday, December 7, 2015
Lipat Baju
Saturday, December 5, 2015
Selamat Pengantin Baru
Friday, December 4, 2015
Cantik dan Kurus
Assalamualaikum
Sekarang ni cuti sekolah. Musim cuti sekolah sangat sinonim dengan perkahwinan.
Hmmm... Bakal-bakal pengantin mesti mahu tampil cantik molek di hari yang berbahagia nanti kan.
So apa kata korang grab sekarang Shaklee Collagen Powder dan Lecithin. Sepanjang bulan December ni je la ye.
Shaklee Collagen Powder adalah untuk membantu menegangkan kulit wajah, melembapkan kulit dan baik juga untuk menyihatkan rambut. Collagen ni anti penuaan jugak ye!
Lecithin pulak mampu membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian.
Untuk info lebih lanjut boleh WhatsApp Kim ye:
0136297657
Thursday, December 3, 2015
Hello December
Assalamualaikum..
Dah lama kim menyepikan.. Rindu kitew tak? Hehehe.. Kuota habis so kim tensenla internet slow je. Tak rajinla nak update blog atau blogwalking.
Back to the topic, sekejap je mase berlalu, kan? Tup tup dah masuk December. Dah akhir tahun. Dah nak masuk 2016.
Azam korang tahun ni dah tercapai ke? Semuanya meet target ke? Banyak pulak kim bertanye ye.. Hihihi..
Wednesday, November 18, 2015
Sunday, November 8, 2015
Anak Perlu Bermain
Assalamualaikum..
Korang serabut tak rumah bersepah dengan mainan anak?
Kim serabut jugakla bila Amna sepahkan mainan. Kim pernah sorok Lego Amna. Mainan dia yang lain pon pernah sorok. Sebab malas nak kemas. Kalau Lego tu dia bukan nak main sangatla. Dia tak boleh tengok Lego tu diikat kemas dalam plastic. Hihihi.. Kim beli Lego sempena harijadinya yang kedua.
Tapi lepas dengar ceramah dari Dr. Putri Afzan berkenaan dengan kanak-kanak perlu bermain untuk sel-sel otaknya berhubung. Sebab memang fitrah anak bermain. Biarkan je rumah bersepah. Lepas tu kemas sama-sama dengan anak.
Secara tak langsung kita ajar anak mengemas mainannya dan ajar dia discipline. Lambat laun dia akan paham sendiri lepas main WAJIB simpan.
Time anak bermain kita sebagai ibu bapa perlu bermain sekali dengan mereka. Semasa dorang bermain, kita boleh ajar mereka secara tak langsung. Kita boleh selitkan ajar ABC, 123, gambar apa yang ada kat baju yang dipakainya. Semasa kita temankan mereka, kita boleh baca Juz Amma atau Alif Ba Ta ke.
Banyak perkara yang boleh dipelajari si anak ketika bermain. Antaranya konsep sharing, cara berkomunikasi, kasih sayang, mengawal kemarahan dan bertolak ansur.
6 tahun pertama ni kita meRAJAkan si anak tetapi perlu MODERATE dan ada BOUNDARY. Anak buat salah kita perlu tegur dan tak perlu menjerit kepada anak.
Thursday, November 5, 2015
Suntikan 3 Bulan Rumi
Assalamualaikum..
Semalam Kim bawak Rumi ke Klinik Kesihatan Batu ( KK Batu) untuk suntikan 3 bulan. Sampai di KK terkejut giler orang dah ramai. Padahal baru 7.35 pagi. Kim dapat nombor 18. 8.45 pagi setel.
Pergi KK suami hantar. Balik suami ambik. Mase bawak Amna dulu suami hantar sebelum dia pegi keje. Balik naik teksi berdua dengan Amna.
Inilah rutin sejak disahkan pregnant anak pertama lagi. Rutin ke KK Batu setiap bulan sehingga anak berusia 6 bulan. Hehehe..
Sesape yang da kawen tu get ready la ye utk ke klinik sehingga anak korang setahun setengah. Time peknen awal-awal tu setiap bulan. Patu setiap 2 minggu. Patu setiap mingguuuu.
Alkisahnya bawa Rumi untuk suntikan 3 bulan. Nurse timbang and ukur ketinggian Rumi.Berat Rumi 6.4kg dan tinggi 61cm. Alhamdulillah nurse cakap berat and tinggi Rumi normal.