Saturday, May 23, 2015

Pengalaman Naik Komuter

Assalamualaikum..

Selepas 2 tahun ini lah kali pertama naik komuter. Berdua dengan Amna. Amna sudah tentulah pengalaman pertamanya. Dan yang dalam perut ni 30 minggu. Amna good girl ( puji anak sendiri plak).

Walaupon Kim naik tu orang penuh giler. Berlari-lari anak jugak la sambil dukung Amna pergi kat koc yang boleh memuatkan kami berdua. Pelik sikit la kenapa orang ramai sangat padahal baru pukul 8.40 pagi dan hari Sabtu.

Berdiri jugakla dalam train dari stesen Segambut ke Putra. Kat stesen Putra Kim dapat la duduk. Ade sorang kakak tu cop kan tempat untuk Kim. Hehehe.. Kakak tu keje Polis. Dia nak balik Kelantan.

Bila dah lepas KL Sentral orang makin berkurang. Kim masuk Koc Wanita. Tapi ada jugak 2-3 orang lelaki 'sesat' masuk Koc Wanita. Kim turun kat stesen UKM. Lepas tu WhatsApp makcik Kim yang tinggal di Taman Universiti mintak tolong dia hantarkan ke Faizland Training Centre (FTC).

Hahaha.. Itulah sikit  pengalaman Kim dan Amna naik komuter.

Tata..

Friday, May 22, 2015

Kira Gerak Baby

Assalamualaikum..

Korang start kira gerak baby dalam kandungan minggu ke berapa? Kim start kira minggu ke-30. Nurse kat Klinik Kesihatan (KK) yang Kim pergi tu suruh start waktu 30 minggu.

Nurse cakap la betapa pentingnya kira gerakan baby dalam kandungan. Kalau tak cukup 10 kali dalam masa 12 jam ( 9 am - 9pm) cepat-cepat pergi HKL. At least doctor dapat kesan lebih awal apa yang jadi kat baby. Kita tak tau baby dalam perut macam mana keadaannya. So mommies sekalian janganlah pandang enteng pasal benda ni.

Kim ada pengalaman tak cukup gerakan baby time mengandungkan Amna. Dah dekat nak pukul 9 tapi kiraan tak cukup 10 lagi. So lepas Magrib suami hantar pergi HKL. Kim kena warded la 1 malam.

Kat HKL baby sangat aktif. Doctor pon confused sebab datang HKL baby tak gerak. Doctor concluded baby aktif malam atau siang tadi Kim tak aktif sangat. Hari tu Kim MC so memang baring je la. Hehehe.. Doctor pesan suruh banyak bergerak. Tapi kena tau limit la. Pregnant kan...

So malam tu nurse monitor la denyut nadi baby. Alhamdulillah semuanya ok. Nurse yang check Kim tu pregnant jugak. Dia cakap normal la kita risaukan baby kita. Kalau dia pon cuak gak.

Oleh itu sebab itu mommies jangan pandang sebelah mata pasal kira gerak bayi ni. Take care ye semua..

Tata..

Wednesday, May 20, 2015

Set Pantang Shaklee

Assalamualaikum..

Hai korang semua.. Yang berdebar-debar menunggu bayi dilahirkan mesti korang da survey beberapa brand set pantang kan.

Tercari-cari set pantang yg boleh digunakan walaupon bersalin czer atau anak jaundis?

Inilah dia set pantang shaklee. Boleh digunakan walaupon bersalin czer atau anak jaundis. Dapat extra advantage lagi iaitu susu badan meriah, stretch mark pudar dan kurangkan berat badan selepas bersalin.

Apabila susu badan meriah, anak yang disusukan dapat disusukan setiap sejam. Bayi jaundis perlu disusukan dengan lebih kerap.

Sekarang ade diskaun 5% tau untuk SET MENGANDUNG, SET PANTANG, SET KURUS & VIVIX TWINPACK.

Jom dapatkannya SEKARANG!

WhatsApp ke 0136297657
WhatsApp ke 0136297657
WhatsApp ke 0136297657

#PengedarShakleeSegambut
#PromosiBerbaloibaloi

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, May 5, 2015

Promosi Mei 2015

Assalamualaikum..

Dah lame giler tak update blog. Hampir setengah tahun Kim membiarkan blog bersawang..hihi.. Sebenarnya keadaan Kim tak mengizinkan untuk mengupdate blog ni. Kim dah pregnant 28 minggu. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Doakan Kim dan baby selamat tau..

Kim nak bagitahu korang sesuatu ni. Bulan Mei ni Shaklee buat promosi untuk OmegaGuard, Phytocol - ST dan juga VitaLea for Kids. Insyaallah next entry Kim kupas kelebihan setiap supplement.

Selain tu korang yang daftar sebagai ahli dan membeli salah satu produk Shaklee akan mendapat VitaLea with iron formula secara PERCUMA tau yang berharga RM 88.75.

Untuk keterangan lanjut sila

WhatsApp ke 0136297657
WhatsApp ke 0136297657
WhatsApp ke 0136297657

Nota: Membeli semasa promosi adalah satu langkah yang bijak.

Wednesday, December 3, 2014

Online Shopping

Assalamualaikum..

Siapa kat sini memang suke giler online shopping?

Kim biase-biase je. Tak de la suke giler. Tapi posmen datang tiap-tiap bulan hantar supplement Shaklee la kat rumah. Kim jarang-jarang COD supplement Shaklee kat customer. Biasa pos la. Pejabat beberapa meter je dari rumah. So boleh jalan kaki ngan Amna.

Setakat ni ade la beli tudung 2 and blouse 2. Beli kat Instagram. Hihihi.. Abi bising-bising gak tapi dia pon sama. Dia kate pakaian kite tak pegang kainnya so kite tak tau la sedap ke tak time pakai nanti. Hehehe..

Abi suka beli barang kat China. Contohnya powerbank, earphone dan skrin henpon. Skrin henpon retak seribu. Jatuh dari poket. Dia beli and pasang sendiri la. Urusan jualbeli tu guna PayPal. Kalau dia nak beli barang 'kuda kesayangan'nya, COD la.

Redmi Note yang Kim pakai skang ni pon dia beli dari China. China pon China la. Banyak berjasa and tahan lasak. Dah banyak kali Amna jatuhkan. Alhamdulillah masih berfungsi. Adik Kim pon pakai henpon same dengan Kim gak. Terpengaruh dengan kakak dia. Hahaha..

Tata

Wednesday, November 26, 2014

Wordless Wednesday: Keputusan UPSR menurun 1%

Assalamualaikum..

Kim nak share pendapat Abi tentang tajuk di atas. Abi cakap 1% pon nak kecoh ke. Masalah keruntuhan akhlak tak nak highlight ke. Rancangan hiburan makin banyak. Sekarang pulak tengah hot Pop Crew. Itu tak nak pulak dirisaukan.

Tajuk pun Wordless Wednesday so tak bole la nak hurai panjang-panjang. Hehehe..

OK tata..

Sarapan

Assalamualaikum..

Korang sarapan ape pagi tadi?
Kim sarapan kueyteow (tak tau ejaan betol tak) goreng, Abi makan roti sebelom pergi kerja dan Amna lempeng.

Kenapa kitorang sekeluarga sarapan berbeza menu?
Sebab Kim panaskan kueyteow semalam. Hehehe.. Bukan malas tapi tak nak membazir. Membazir kan amalan syaitan. Abi tak suka makan berat sebab dia kata dia bukannya pekerja buruh yang kerja angkat berat tengah-tengah panas.  So, dia tak perlukan tenaga banyak. Abi makan roti Gardenia plastik kaler purple. Amna pulak sebab dia tak makan kueyteow goreng dan roti.

Kitorang breakfast pukul 7.30 pagi. Kalau kat kampung lagi awal. Sebelum pukul 7 mak dah sediakan makanan atas meja. Tetibe rindu masakan mak. Huwaaa... Nak balik kampung!

Tapi ada gak pukul 11 baru sarapan. Kim cakap ni sebab Kim nampak waktu tu ramai lagi orang kat kedai makan pagi yang dekat dengan rumah Kim. 2 minit je dari rumah.

Tata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...