Tuesday, November 25, 2014

Gosok baju

Assalamualaikum..

Gosok baju la paling tak suka buat sejak ada anak ni. Kononnya takut anak terkena seterika. Padahal memang tak suka buat. Hehehe.. Adik-adik sekalian jangan ikut perangai kakak ye.

Masa anak dara dulu tak suka masuk dapur. Tak suka masak. Tapi sekarang bila dah kawen ada anak memang suka masak. Tapi tak suka gosok baju. Banyak sangat tapinya. Hihihi..

So apa yang Kim buat untuk atasi masalah tak suka gosok baju??? Setiap Sabtu or Ahad Kim luangkan masa untuk menggosok semua kemeja dan seluar Abi. Kalau rajin gosok untuk 5 hari. Kalau ada penyakit M gosok untuk hari Isnin je dulu. Padahal baju kerja Abi je perlu digosok.. Hehehe..

Satu lagi tip, sebelum keluar di hujung minggu mengunjungi ibu bapa, sanak saudara atau shopping mall setelkan dulu gosok baju untuk pergi kerja hari Isnin. Supaya hari Isnin tak lah kelam kabut sangat.

Tata..

Monday, November 24, 2014

Syukur

Assalamualaikum..

Dulu Amna nak bercakap sangat susah. Sampai satu masa tu Kim paksa dia. Mama yang tensen anak tak nak cakap lagi. Anak pertama so excited and tak sabar sangat nak anak cakap. Hehehe..

Sekarang Amna tak berhenti berceloteh. Bangun tidur je terus berceramah. Hehehe. Kim layanla dia cakap walaupon tak paham. Kim dengar betul-betul suku kata yang dicakapkan dan buat ayat sendiri mengikut apa yang Amna sedang lakukan.

Tata..

Orang Yang Rajin

Assalamualaikum..

Minggu lepas pergi rumah adik di Ampang untuk ambil mangga yang dibawanya dari kampung. Adik rajin balik kampung. Mangga tu Kim nak buat jeruk mangga asam boi. Buat jeruk guna mangga beli kat pasaraya tak memuaskan hati la. Hehehe..

On the way balik Abi singgah di Masjid al-Bukhary untuk solat Asar. Almaklum la kl ni kesesakan lalulintas tak menentu. So better singgah solat dulu. Sepatutnya 5 minit lagi nak sampai rumah boleh jadi setengah jam.

Sebelum Kim masuk ruang solat, Kim tukar diaper Amna dulu. Masuk ruang solat ada la sorang wanita tengah solat.Mase nak ambil telekung Kim tengok ada dua longgokan kat bawah.

Kim pilih-pilihla mana yang berkenan pastu terus solat. Siap solat nak simpan balik telekung kat tempat asalnya Kim nampak wanita yang solat tadi melipat dan sangkut semua telekung. Kim tengok dia padankan telekung ikut pasangan yang betul. Bukan lipat ikut suka hati je.

Kim tanya la kerja kat masjid ni ke? Dia cakap tak. Dia kerja kat klcc tapi balik kerja memang dia suka singgah masjid. Dia tak suka balik rumah. Tensen katanya. Dengar loghatnye macam dari Indonesia.

Tak sangka sangat dengan apa yang Kim tengok petang tu. Sangat-sangat tak sangka ada lagi orang serajin dan sebaik tu di tengah-tengah bandaraya.

Tata..

Sunday, November 2, 2014

Promosi Shaklee November 2014 - Omega Guard

Assalamualaikum..

Untuk bulan November ni Shaklee buat promotion tau untuk Omega Guard. BUY 6 FREE 1.. Boleh simpan buat stock sementara murah ni. Boleh share ngan suami/isteri, anak-anak, atok nenek atau kawan-kawan.

Kim story skit pasal Omega Guard ni. Kim type kat hand phone cap ayam. Amna tido so bolela menaip sepatah dua. Hehehe..

Omega Guard mengandungi Omega-3, DHA dan EPA. Semua ni tak dihasilkan oleh badan dan sangat-sangatlah diperlukan oleh badan kita. Ini adalah untuk kelancaran darah dalam badan kita. Bila peredaran darah lancar, semua organ dalaman kita mendapat zat secukupnya. 

Ok nanti kite sambung ye..nk pergi lunch kt Rawang. FIL nak jalan-jalan..

Tata..

Sunday, October 26, 2014

Nasihat Kakak Ipar

Assalamualaikum..

Hujung minggu Kim berkumpul rumah mertua dengan kakak ipar sekeluarga. Kim panggil kakak ipar Ngah. Ngah mempunyai 3 orang anak. Yang sulong darjah 1. Yang bongsu 2 tahun. Semuanya hero. Kim ada gak la mengadu kat Ngah susahnye nak mengandung kali kedua :(
 
Kim berbual dengan Ngah pasal drama TV, fesyen tudung dan anak. Al-maklumla, Kim ni surirumah sepenuh masa, so bila jumpa perempuan rase macam nak bercerita semua benda. Kim selalu la refer kat dia pasal anak sebab da makan garam dulu. Hehehe..

Kim tanya la pasal aktiviti anak. Ngah pesan kalau boleh jangan selalu bawak anak pergi shopping. Seboleh-bolehnya elakkan weekend pergi mall. Sebab nanti mindset anak-anak akan  di set setiap kali weekend wajib pergi shopping complex. Bagi budak-budak tu NO SHOPPING NO HOLIDAY.. Bagi dorang macam tak lengkapla cuti tanpa shopping dan hidup ni nak membeli je. Semua benda nak beli..

Tata..

Tuesday, October 21, 2014

Mom and Baby Expo 2014

Assalamualaikum..

Ape khabar korang semua. Kim alhamdulillah sihat walafiat. Amna belum sihat sepenuhnya lagi. Kesian tengok Amna. Tapi insyaAllah

Friday, October 10, 2014

Set Menyusu Shaklee ESP!


Assalamualaikum..

Apa khabar korang semua? Musim jerebu ni kurangkan aktiviti di luar ye. Kalau terpaksa keluar rumah jugak lepas tu sakit-sakit tekak Kim cadangkan korang ambil la Vitamin C, Omega Guard dan Nutriferon untuk meningkatkan imunisasi badan korang. Kalau nak order bole contact Kim. Tapi, hari ni Kim nak cerita pasal salah satu supplement yang terdapat dalam Set Menyusu Shaklee dan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...