Tuesday, October 21, 2014

Mom and Baby Expo 2014

Assalamualaikum..

Ape khabar korang semua. Kim alhamdulillah sihat walafiat. Amna belum sihat sepenuhnya lagi. Kesian tengok Amna. Tapi insyaAllah
segala kesakitan yang dihadapinya menjadikan dirinya lebih kuat. InsyAllah! Amna biasanya 2-3 minggu before pergi cucuk mesti tak sihat.

Hari ni Kim bukan nak membebel pasal ketidaksihatan Amna tapi nak share pasal Mom & Baby Expo 2014 yang Kim pergi. Mom & Baby Expo tu diadakan di Mid valley Exhibition Centre. Kim pergi hari Sabtu. Mom & Baby Expo tu start Jumaat lagi, 17 Oktober 2014 sehingga Ahad, 10 Oktober 2014.

Pada pendapat Kim, harga takde la murah sangat. Tapi Mom & Baby Expo tu macam one stop centre. Kebanyakan  barangan keperluan mak & anak ada di sana. Kim pergi untuk borong pampers sahaja. Hehehe.. 

Kim borong Drypers 4 pek dengan harga RM 123. Harga bagi 1 pek RM 30.75. Siap dapat free gift lagi. Sehelai t-shirt. Bagi Kim harga tu ok sangat. Kim tengok kat Jusco RM 30.90. Tapi harga tu susah nak dapat. Kena rajin pergi survey. Kim dan suami tak berapa suka pergi mall. Hehehe..

Kim belanjala beberapa keping gambo sepanjang Kim kat expo tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...